SELAMAT DATANG

Thursday, March 17, 2022

Rak lama berwajah Baharu

 Bandar Darulaman
Jitra,
6-7 Mac 2022


Merupakan sebuah rak lama yang tersadai dengan timbunan buku-buku di dalam bilik yang kini diberi nama Kecubung. Setelah kecubung menjadi salah satu daripada 6 Bilik Serbaguna,Rak usang ini diletak di ruang rujukan dengan peranan mempamer buku-buku MQA.Apabila cadangan menaik taraf Laman Bicara Ilmu disuarakan, maka kami salin persalinan buatnya..












































































Tuesday, March 15, 2022

Kempen Derma Darah

 Bandar Darulaman
Jitra
14-15 Mac 2022

Kempen derma darah merupakan aktiviti yang sering diadakan di Pusat Sumber IPGKDA.Aktiviti di bawah seliaan Unit Kaunseling dengan kerjasama Jabatan Tranfusi Hospital Sultanah Bahiyah ini sentiasa mendapat sambutan menggalakkan dari warga IPGKDA khususnya Pelajar.Unit Pusat Sumber menyambut baik program ini dengan membantu kelancaran program.







Monday, March 14, 2022

Kolokium Amalan Terbaik Pusat Sumber Sekolah: Guru Perpustakaan dan Media peringkat Kebangsaan tahun 2022

 Bandar Darulaman
Jitra
26-28 Februari 2022

Program ini merupakan kerjasama diantara Pusat Sumber IPGKDA bersama Pertubuhan Guru Perpustakaan dan Media Negeri Kedah. Program yang berlangsung selama tiga hari ini dirasmikan oleh Tan Sri Hj. Paridon bin Hj. Sahid yang merupakan Timbalan Pengarah Penintegrasian Teknologi Pendidikan,Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.Seminar ini menerima penyertaan 30 pembentang daripada 30 sekolah seluruh Malaysia.Pembentangan berlangsung secara bersemuka dan hybrid.








 


Saturday, March 12, 2022

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

 Bandar Darulaman,
Jitra,
8-10 Mac 2022

Bertempat di Pusat Sumber,IPGKDA, satu program temuduga oleh SPP atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan Pusat Sumber IPGKDA telah dipilih selaku lokasi perlaksanaan program tersebut.Temuduga yang melibatkan pelbagai jawatan ini berlangsung 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.Pihak Pusat Sumber telah membantu dengan penyediaan 5 buah bilik kuliah bagi tujuan berkenaan.Temuduga ini juga melibatkan 300 calon terpilih.








Program Vaksinasi Dos Penggalak(Booster)













 Bandar Darulaman,
Jitra
23 Februari 2022

Bertempat di Pusat Sumber IPGKDA satu program pemberian vaksinasi telah diadakan dengan tujuan untuk memberi dos penggalak kepada semua warga IPGKDA yang masih belum menerimanya. Program secara walk-in ini bukan tertumpu kepada warga IPGKDA sahaja malah dibuka juga untuk ahli keluarga kakitangan.Program yang berlangsung mulai jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.30 petang telah mendapat sambutan yang menggalakan.

Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...