SELAMAT DATANG

Wednesday, November 23, 2022

Lawatan Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akdemik IPGK Tuanku Bainun

 Bandar Darulaman
Jitra,
22 November 2022

Bertempat di Anjung Bicara Ilmu, Pusat Sumber menerima kunjungan Ketua Jabatan serta Pensyarah-pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang.Kunjungan ini diadakan untuk menjalin kerjasama dan ikatan persefahaman bagi meningkatkan kecemerlangan bersama gadingan JKA IPG Kampus Darulaman. Unit Pusat Sumber dipilih sebagai lokasi pertemuan ke arah usaha murni ini.

Pengarah IPG Kampus Darulaman Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat dalam ucapannya mencadang jalinan kerjasama antara kedua-dua jabatan diwujudkan agar proses dan prosedur perancangan aktiviti menjadi lebih tersusun dan seragam.


Gambar 1 :Pengarah IPG Kampus Darulaman sedang menyampaikan ucapan.



Gambar 2:Ucapan oleh Ketua JKA IPG Kampus Darulaman En. Muftar bin Mohamad Saad


Gambar 3: Peserta lawatan daripada JKA IPGKTB





 

Gambar 4: Potret kenangan sebelum kerjasama bermula






Thursday, November 17, 2022

Lawatan PPD Seberang Prai Utara

 Bandar Darulaman,
Jitra
16 November 2022


Unit Pusat Sumber IPGKDA  menerima kehadiran seramai 40 orang guru-guru daripada Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.Lawatan ini antara lain bertujuan untuk meninjau pengoperasian Pusat Sumber IPGKDA dan mengikuti taklimat Pengintergrasian Digital dalam Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan oleh Pn. Nur Rawaidah bt. Rahmat , Pegawai Pengurusan UPL IPGKDA.

Sesi lawatan dimulai dengan  taklimat oleh En. Idham Khalil bin Shuib selaku Ketua Pusat Sumber IPGKDA. Seterusnya peserta lawatan dibawa meninjau keseluruhan sistem pengoperasian dan kemudahan dan penawaran perkhidmatan Pusat Sumber IPGKDA.


Gambar 1: ketibaan rombongan sekitar jam 9.30 pagi.



Gambar 2: Taklimat oleh Ketua Pusat Sumber



Gambar 3: Sebahagian Peserta yang menghadiri lawatan


Gambar 4: Peserta terdiri daripada guru-guru pengurusan Pusat Sumber sekolah





Monday, November 7, 2022

Bengkel Keceriaan & Baik pulih Kerusi

 Bandar Darulaman
Jitra,
19-20 Julai 2022

Unit Pusat Sumber mewarisi perabot-perabot peninggalan Universiti Utara Malaysia, sebelum universiti tersohor itu berpindah ke penempatan tetap di Sintok sekitar tahun 1990 an.Atas keprihatinan untuk mengembalikan keceriaan khususnya di lobi Pusat Sumber, satu bengkel membaik pulih kerusi-kerusi tersebut telah dijalankan melalui penyertaan 12 orang Pembantu. Perabot yang usang itu kembali bersinar setelah lebih 30 tahun berjasa.Hasilnya 60 unit kerusi tersebut mungkin akan terus berjasa sehingga mungkin 10 atau 20 tahun akan datang



Bengkel pada hari kedua dijalankan di Foyer Pusat Sumber kerana cuaca
 yang tidak mengizinkan


Bengkel hari pertama dijalankan di bahagian belakang Pusat Sumber


keadaan kerusi selepas proses mengecat dijalankan


Suasana selepas selesai bengkel dijalankan








Sunday, November 6, 2022

Kerja-kerja membaik pulih kerusi sumbangan

 Bandar Darulaman
25 September -2 Oktober 2022

Salah satu usaha dan inisiatif oleh Unit Pusat Sumber,IPG Kampus Darulaman dalam menyediakan prasarana yang mencukupi untuk kemudahan pengguna adalah dengan membaik pulih kerusi-kerusi sumbangan yang telah rosak.Berikut dikongsikan proses membaik pulih kerusi Flip Chair sumbangan Universiti Utara Malaysia yang telah melalui proses pelupusan. Hasilnya 7 unit kerusi telah dapat digunakan semula. Reka bentuk papan alas disediakan oleh En. Roslan bin Ismail sementara proses mengecat papan dan pemasangan dilakukan oleh En. Mohamad Shahdan bin Din.



Gambar 1: Kerusi rosak sebelum pembaikan


Gambar 2: Potongan papan alas yang disediakan


Gambar 3: proses mengecat


Gambar 4: Proses memasang semula papan baharu 
oleh En. Shahdan


Gambar 5: Kerusi yang siap dibaik pulih telah ditempatkan 
di Gapura Digital








Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...