SELAMAT DATANG

Thursday, December 29, 2022

Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih,penutup 2022

 Bandar Darulaman,
Jitra
22 Disember 2022

Unit Pusat Sumber merakam peristiwa terakhir bagi tahun 2022 melalui majlis "sanjungan Budi Lambaian Kasih"  iaitu persaraan 6 orang pensyarah akademik  bertempat di Anjung Bicara Ilmu , PSI. Mereka yang terlibat terdiri daripada En. Hj. Mohd Rodzi bin Abdullah ,mantan SU Sekretariat JKPP merangkap pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, En. Hamdan bin Hj. Ahmad mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, En. Khairulanwar bin Ahmad, Pensyarah di Jabatan Sains dan Matematik, En. Raji bin Haron, mantan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan , En. Muftar bin Mohd Rashid @ Mohamad Saad, mantan Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan En. Aswadi bin Md. Amin mantan Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu.

Sesungguhnya jasa,pengorbanan,tunjuk ajar perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan sepajang berkhidmat di IPG Kampus terlalu besar untuk dinilai.Unit PSI merakamkan ucapan terima kasih buat mereka semua SELAMAT BERSARA.


Gambar 1: Hj. Mohd Rodzi bin Abdullah dalam ucapannya meninggalkan pesan dan nasihat


Gambar 2:Ucapan daripada En. Hamdan yang diselit lawak jenaka yang menghiburkan



Gambar 3: En. Khairulanwar berkongsi pengalaman beliau 
sewaktu memulakan kerjaya sebagai Pensyarah


Gambar 4: En. Raji berkongsi kisah suka duka semasa menjadi guru


Gambar 5: En. Muftar berkongsi berkenaan niat untuk menjadi guru dan pengalaman menjadi guru


Gambar 6: En. Aswadi menyampaikan ucapan bersulam pantun dan gurindam


Gambar 7: Bergambar kenangan bersama TP dan Pengarah IPG KDA



Gambar 8: Kenangan bersama warga IPG KDA





















Wednesday, December 28, 2022

Keceriaan Perpustakaan Kanak-kanak

 Bandar Darulaman
Jitra,
21 Disember 2022

Pusat Sumber meneruskan aktiviti keceriaan kali ini dengan mengecat semula kerusi-kerusi dari Perpustakaan Kanak-kanak yang diperolehi dari Pra- Sekolah IPGKDA.Sebanyak 8 unit kerusi kayu ini telah dicat semula mengikut tema warna kerusi-kerusi yang terdapat di Perpustakaan Kanak- kanak. Selain memenuhi keperluan bagi program "Jom Sihat" warga IPGKDA, Ianya diharap mampu meningkatkan kesempurnaan Perpustakaan Kanak-kanak apabila sesuatu aktiviti dijalankan dilokasi berkenaan.



Gambar 1: Kedudukan kerusi sebelum dicat di dalam Perpustakaan Kanak-kanak


Gambar 2: Empat warna utama kerusi plastik di dalam Perpustakaan Kanak-kanak di PSI




Gambar 3: Proses melicinkan permukaan kayu menggunakan kertas pasir





Gambar 4: Proses awal mengecat dilakukan



Gambar 5: Hasil selepas semua kerusi-kerusi kayu selesai dicat.


Gambar 6: lokasi penempatan kerusi-kerusi kayu yang selesai dicat.















Sunday, December 18, 2022

PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR IPG KAMPUS DARULAMAN

 Bandar Darulaman,

Jitra 
29 November - 9 Disember 2022

Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman telah dijadikan salah satu pusat bagi peperiksaan akhir pelajar-pelajar IPGDA bermula pada tanggal 29 November dan berakhir pada 9 Disember 2022. Ini berikutan Dewan Utama IPGKDA sedang dibuat penyelengaraan. Galeri Seni dan ruang Gapura Digital telah dipilih sebagai lokasi peperiksaan dengan penempatan seramai 270 orang calon.

 Perjalanan peperiksaan berlangsung dengan sangat lancar.Unit Peperiksaan yang mengurus proses telah dibantu oleh beberapa orang Pembantu Operasi dan kakitangan-kakitangan Unit Pusat Sumber dalam mengatur kedudukan kerusi dan meja bagi tujuan berkenaan.  


Gambar 1: lokasi di Gapura Digital dari arah belakang


Gambar 2: lokasi di Gapura Digital dari arah hadapan


Gambar 3: lokasi di Galeri Seni dari pandangan belakang


Gambar 4: lokasi di Galeri Seni dari pandangan hadapan








Tuesday, December 6, 2022

Penjenamaan semula Foyer PSI

 Bandar Darulaman
Jitra 
6/12/2022

Memegang prinsip bahawa sesuatu tempat itu perlu di "organised" agar nampak terurus berfungsi dan bukanya mati. Justeru, dengan menggunakan sumber sedia ada, usaha ke arah penjenamaan semula Foyer PSI kepada "Legaran Ilmu" telah dilaksanakan. Ruang foyer yang sentiasa menjadi tumpuan Pelajar sebelum kelas bermula dijenamakan semula melalui "Light Box" yang dibaik pulih. Light Box tersebut yang tidak diketahui lokasi asal telah ditempatkan di Foyer PSI hampir setahun tanpa fungsi.

Menyedari hakikat ini, usaha telah digerakkan oleh Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan untuk menyelengaraan dan membaiki Light Box tersebut yang mungkin berusia 32 tahun.



Gambar 1: Ketua Pusat Sumber     En. Idham Khalil memeriksa kotak light box yang ditinggalkan di Foyer PSI.


Gambar 2: Aset yang memaparkan logo IPDA telah pun rosak sekian lama.

Gambar 3: cadangan lakaran oleh Pustakawan bagi penggantian imej terdahulu.


Gambar 4: Kerja-kerja pengantian semula poster


Gambar 5: Kerja-kerja pemasangan semula Light Box oleh Penolong Jurutera


Gambar 6: Akhirnya, kejayaan penjenamaan semula Foyer PSI IPG Kampus Darul aman hasil sumbangan kakitangan-kakitangan Pusat Sumber






Gambar 7: Keadaan Legaran sekitar jam 6.45 pagi




Gambar 8 : Hasil dari usaha "Organised" yang diterapkan oleh KPS

Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...