SELAMAT DATANG

Wednesday, February 22, 2023

The Giant Watches of PSI

 Bandar Darulaman
Jitra,
22 Februari 2023


Jam gergasi yang terdapat di PSI telah disiapkan pada tanggal 22 November 2021 dengan bantuan pelatih-pelatih praktikal ketika itu.Selepas dua tahun kewujudannya dan atas cadangan daripada Pengarah IPGKDA, Unit Pusat Sumber mengambil inisiatif untuk penambaikan dekorasi yang lebih menarik. Jam adalah sinonim dengan masa yang sepatutnya menjadi satu keutamaan dalam kehidupan.Jam ini merupakan satu simbol yang cuba diterjemahkan kepada pengunjung Pusat Sumber agar menghayati masa dalam sebarang aktiviti kehidupan.



Gambar 1: Replika jam yang dihasilkan pada 22 November 2021


Gambar 2: Penambahbaikan dibuat dengan mewarnakan latar belakang jam tersebut


Gambar 3: Hasil selepas kerja-kerja mewarna latar jam selesai






Sunday, February 19, 2023

Rak Lama Berwajah Baharu (siri kedua)

 Bandar Darulaman
Jitra

9 Januari - 2 Februari 2023

Proses mengembalikan keceriaan 2 unit rak bersebelahan Anjung Bicara Ilmu, mengambil masa yang agak lama. Ini berikutan kesibukan semasa yang berlaku di Unit Pusat Sumber. Namun berkat kesungguhan yang ditunjukkan oleh kakitangan unit, kedua-dua rak tersebut telah dapat dicat dan ditempatkan di hadapan bilik Ketua Pusat Sumber bagi menempatkan cenderahati-cenderahati yang diterima oleh unit.


Gambar 1: Dua unit buku sebelum dicat semula


Gambar 2: Kakitangan unit sedang mengecat rak


Gambar 3: Rak yang siap dicat dan menempatkan koleksi cenderahati yang diterima oleh unit.






Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...