SELAMAT DATANG

Sunday, October 29, 2023

Lawatan Penanda Aras siri 1

 Bandar Darulaman
Jitra
7 Ogos 2023

Satu lawatan bagi membalas kunjungan rombongan 2 orang kakitangan Kolej Matrikulasi Kedah telah dilakukan dengan matlamat menjalinkan kerjasama dan perkongsian pintar antara dua organisasi. Rombongan daripada Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman hadir sekitar jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Pn Intan Shaffina bt. Mohd Hadzri Pustakawakan Kolej Matrikulasi Kedah yang juga merupakan Pustakawan pertama yang bertugas Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman.

Rombongan diberi taklimat ringkas dan dibawa melawat sekitar Perpustakaan.Lawatan pada kali turut disertai oleh seorang kakitangan daripada Unit Makmal IPGKDA.


Gambar 1: sesi taklimat oleh Pn. Intan


Gambar 2: lawatan sekitar Perpustakaan


Gambar 3: bergambar kenangan bersama Pn. Intan


Gambar 4: Bergambar kenangan bersama Team Kolej Matrikulasi









 


Monday, October 9, 2023

Meja Kopi Tandang Sari

 3 September 2023
Bandar Darulaman
Jitra

Pembinaan Meja Kopi di ruang rehat Tandang Sari adalah inisiatif Pustakawan bagi menggantikan "Padestal" lama yang menjadi pelengkap sementara untuk ruang tersebut. Meja kopi @ meja padestal ini bertutup alas yang berjaya mengaburi mata pengguna. Pembuatan meja kopi baharu ini menampilkan sedikit kelainan melalui kombinasi meja dan arca bagi menyatakan bahawa meja tersebut dibuat sendiri dan bukan dibeli.


Gambar 1: Lakaran cadangan asal struktur meja oleh Pustakawan


Gambar 2: Meja yang siap dihasilkan oleh Pustakawan


Gambar 3: Meja yang siap telah disesuaikan dengan jambangan bunga sumbangan
 Ketua Pusat Sumber


Gambar 4: Ruang rehat Tandang Sari turut disediakan Brosur dan Pamhlet pelbagai jabatan kerajaan 
dan maklumat umum sebagai rujukan pengguna


Gambar 5: Ruang Tandang Saji sekitar September 2020










Sunday, October 8, 2023

Signboard Anjung Wacana Ilmu

 Bandar Darulaman
Jitra
28 Sept. - 2 Oktober 2023


Pembinaan Signboard Anjung Wacana Ilmu adalah idea dan gagasan daripada Pustakawan untuk menjenamakan ruang diantara Galeri Seni,Bilik Intan dan Bilik Berlian agar mudah dikenali oleh warga IPGKDA apabila membuat tempahan.

Idea asal oleh Pustakawan ialah untuk mewujudkan satu papan tanda yang boleh dilaras bersama ruang Galeri Seni. Mengguna pakai konsep whiteboard mudah alih dibina menggunakan kayu Pallet berukuran 6 kaki  tinggi x 6 kaki lebar. Poster dihasilkan dan ditampal pada bingkai frame yang dibina. Pemasangan Singboard ini memakan masa selama 4 jam.Ini adalah kerana kerangka asas disiapkan terlebih dahulu oleh Pustakawan dengan pemasangan keseluruhan dilakukan di unit Pusat Sumber.

Gambar 1: Lakaran pelan oleh Pustakawan.




Gambar 2: Proses mengukur banner


Gambar 3: Proses mengecat bingkai dengan shalex


Gambar 4: Proses melekatkan banner menggunakan Stapler Gun


Gambar 5 : Signboard yang siap dipasang










Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...