SELAMAT DATANG

Wednesday, September 20, 2023

Pembinaan Singki di Legaran Ilmu

 Bandar Darulaman
Jitra
2 Ogos - 17 September 2023

Pembinaan singki di ruangan Legaran Ilmu diusulkan di dalam mesyuarat unit bil 3/2023 sekitar bulan Julai 2023.Hasrat ini direalisasikan dengan perancangan rapi tanpa pengalaman oleh semua kakitangan Pusat Sumber.

Apa yang ada adalah semangat untuk membina satu unit singki bagi keperluan warga IPGKDA apabila Legaran Ilmu sering menjadi lokasi jamuan bagi acara yang berlangsung di Pusat Sumber. Akhirnya sekitar pertengahan September 2023 singki tersebut siap sepenuhnya dan mula digunakan.


Gambar 1 : Lakaran pelan struktur singki oleh Pustakawan


Gambar 2: Proses awal merangka tapak singki


Gambar 3: Proses membina struktur singki


Gambar 4: Kerja-kerja memasang paip saluran masuk dan keluar air


Gambar 5: Dua unit pasu terpakai digunakan dalam proses pembinaan.


Gambar 6: Singki yang hampir siap


Gambar 7: Singki siap sepenuhnya




















Lawatan Kerja dan Perkongsian Pintar dari IPG Kampus Tuanku Bainun

 Bandar Darulaman
Jitra
3 Ogos 2023

Tanggal 3 Ogos 2023 Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman menerima kunjungan 5 orang kakitangan daripada Perpustakaan Zaaba IPG Kampus Tuanku Bainun. Rombongan yang diketuai oleh Dr. Hamizul bin Mahmud selaku Ketua Pusat Sumber dengan diiringi oleh En. Huzairul Hezri selaku Pustakawan hadir ke Pusat Sumber IPGKDA bermatlamat untuk berkongsi kemahiran dan pengalaman selain membina ukhwah antara IPG.

Rombongan tiba sekitar jam 9.00 pagi sebelum dibawa menemui Pengarah IPGKDA. Pada kesempatan tersebut taklimat mengenai  perkhidmatan di Pusat Sumber IPGKDA telah disampaikan oleh Ketua Pusat Sumber IPGKDA.


Gambar 1: Taklimat  Pusat Sumber IPGKDA oleh Ketua Pusat Sumber


Gambar 2: Penyampaian cenderahati kenang-kenangan


Gambar 3: Lawatan ke Koleksi IPDANA


Gambar 4: Lawatan ke Pameran Memorabilia PSI









Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...