SELAMAT DATANG

Wednesday, May 31, 2023

Let's Read Together 2023

 Bandar Darulaman
Jitra
18 Mei 2023

Seperti tahun -tahun sebelumnya Program Jom Baca Bersama 10 minit kali ini sangat meriah.Pengisian program kali ini diadakan serentak dengan seminar Pengurusan Kewangan oleh Bank Islam dan Pengurusan Stress anjuran Unit Kaunseling. Manakala penganjuran Jamuan Hari Raya oleh Pusat Sumber menceriakan suasana. Kali Let's Read seperti tahun sebelumnya dijalankan di Anjung Bicara Ilmu tanpa kehadiran Pelajar ekoran cuti semester.


Gambar 1: Penglibatan Pensyarah semasa program


Gambar 2: Penglibatan Anggota Kumpulan Pelaksana


Gambar 3: Komitmen kakitangan amat membantu bagi kejayaan program





 

Tuesday, May 30, 2023

Pembaikan Kerusi

 Bandar Darulaman
Jitra
24-25 Mei 2023

Aktiviti kali ini adalah membaikpulih kerusi-kerusi rosak yang telahpun disimpan dalam stor untuk pelupusan. Sebanyak 10 unit kerusi-kerusi yang mengalami kerosakan telah berjaya dibaik pulih oleh Ketua Pusat Sumber dengan bantuan Pembantu Operasi.Kerusi-kerusi ini akhirnya dapat digunakan semula dan ditempatkan di Pusat Sumber khususnya di kaunter Utama dan Perkhidmatan OPAC.


Gambar 1: Keadaan kerusi rosak yang dikumpulkan.


Gambar 2: En. Shahdan sedang membaikpulih kerusi-kerusi yang rosak


Gambar 3: proses mengilap kembali kerusi yang dibaikpulih


Gambar 4: Keadaan kerusi yang berjaya dibaikpulih











Monday, May 15, 2023

Jamuan Raya Kelab Pusat Sumber 2023

 Bandar Darulaman
Jitra
11 Mei 2023

Majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelab Pusat Sumber dizahirkan sebagai penghargaan kepada semua ahli-ahli kelab yang banyak membantu merealisasikan aktiviti dan program yang dirancang oleh PSI.Bertempat diruang makan PSI majlis bermula sekitar jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1.00 petang. Menu bagi majlis ini telah disediakan sendiri oleh Ketua Pusat Sumber.Sesungguhnya majlis seumpama ini menjadi pengerat kerjasama antara kakitangan Pusat Sumber dan ahli-ahli kelab.


Gambar 1: Ketua Pusat Sumber menyediakan hidangan


Gambar 2: antara menu yang disediakan


Gambar 3: Antara ahli kelab yang hadir


Gambar4: Bergambar kenangan sebelum majlis berakhir.






Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...