SELAMAT DATANG

Sunday, December 18, 2022

PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR IPG KAMPUS DARULAMAN

 Bandar Darulaman,

Jitra 
29 November - 9 Disember 2022

Pusat Sumber IPG Kampus Darulaman telah dijadikan salah satu pusat bagi peperiksaan akhir pelajar-pelajar IPGDA bermula pada tanggal 29 November dan berakhir pada 9 Disember 2022. Ini berikutan Dewan Utama IPGKDA sedang dibuat penyelengaraan. Galeri Seni dan ruang Gapura Digital telah dipilih sebagai lokasi peperiksaan dengan penempatan seramai 270 orang calon.

 Perjalanan peperiksaan berlangsung dengan sangat lancar.Unit Peperiksaan yang mengurus proses telah dibantu oleh beberapa orang Pembantu Operasi dan kakitangan-kakitangan Unit Pusat Sumber dalam mengatur kedudukan kerusi dan meja bagi tujuan berkenaan.  


Gambar 1: lokasi di Gapura Digital dari arah belakang


Gambar 2: lokasi di Gapura Digital dari arah hadapan


Gambar 3: lokasi di Galeri Seni dari pandangan belakang


Gambar 4: lokasi di Galeri Seni dari pandangan hadapan








No comments:

Post a Comment

Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...