SELAMAT DATANG

Monday, January 16, 2023

One Night At PSI

 Bandar Darulaman.
Jitra,
12 & 13 Januari 2023

Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman membuka lebaran tahun 2023 dengan penganjuran satu aktiviti yang dikenali sebagai "One Night at PSI" pada 12 Januari sehingga 13 Januari 2023 yang lalu.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini merupakan aktiviti projek bagi dua orang pelatih Industri yang sedang menjalani latihan di Pusat Sumber IPGKDA. Mereka terdiri daripada Cik Kawthar Haniy bt Yusoff dan Cik Nur Liyana bt. Mohd Nizam. Penyediaan dan perancangan program yang pada peringkat awalnya digerakkan oleh Pelatih Industri menjadi lebih meriah dengan penglibatan penuh ahli-ahli Kelab Pusat Sumber IPGKDA.

Perjalanan aktiviti yang bermula pada jam 6.00 petang 12 Januari 2023 (petang khamis) dan seterusnya program diisi dengan solat Maghrib dan Insya berjemaah, taklimat U-Pustaka dan E-LIB IPGM oleh En. Roslan bin Ismail, perkongsian pengalaman dan kerjaya oleh Pn. Nur Ruwaidah bt. Rahmat. Aktiviti seterusnya adalah pertandingan teka muka surat dan berat buku serta kuiz interaktif.

Pada jam 5.00 pagi, Jumaat 13 Januari 2023 program diteruskan dengan solat tahajud secara berjemaah pimpinan Ketua Pusat Sumber, En. Idham Khalil bin Shuib. Seterusnya aktiviti senamrobik dan bengkel pencarian maklumat dijalankan dan berakhir sekitar jam 11.00 pagi selepas majlis penutupan diadakan



Gambar 1: poster aktiviti


Gambar 2: sesi perkongsian pengalaman dan kerjaya oleh Pn. Nur Ruwaidah


Gambar 3: Taklimat u-Pustaka dan Elib IPGM oleh Pustakawan


Gambar  4: sebahagian dari peserta program


Gambar 5: Barisan fasilitator dari Kelab Pusat Sumber bersama Pelatih Industri


Gambar 6: Kehadiran Timbalan Pengarah Dr. Wan Fadli Wan Haron pada program tersebut


Gambar 7: Peserta bergambar sebagai kenangan



Gambar 8: Sesi tazkirah dan solat berjemaah















No comments:

Post a Comment

Pembinaan Pentas Mini di ABI

 Bandar Darulaman Jitra 17 Mac 2024 Pembinaan pentas mini di Anjung Bicara Ilmu telah lama menjadi hasrat Pusat Sumber. Untuk tujuan tersebu...